Khamis, 28 April 2011

SIFAT TAWADHUK DAN QANA'AH



قال امام الشافعي رحمه الله : التواضع يورث المحبة, و القناعة تورث الراحة


Imam Asy Syafi'i -rahimahullah- berkata : "...Tawadhu' menumbuhkan 
KECINTAAN ; Qona'ah melahirkan KETENANGAN...


Baca Lagi >>

SMILE E2 SEDEKAH


Senyum adalah sihir yang halal, wang muka kasih sayang dan simbol persaudaraan. Senyum adalah surat kilat yang boleh membawa kedamaian dan cinta. Senyum adalah sedakah yang pasti diterima, sebab senyum adalah petanda hati redha, tenteram dan teguh


Dan berkata cendiakawan islam Saiyidina Ali karamallahu wajhah..

البشاشة حبالة المودة
"Dengan senyuman boleh menyuburkan ikatan kasih sayang" 
                     

Baca Lagi >>

FADHILAT QIAMULLAIL

“Tidak seorang yang mengerjakan sembahyang pada waktu malam lalu digagahi sehingga tertidur, melainkan dituliskan baginya pahala sembahyang dan tidurnya itu adalah sedekah”
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Baca Lagi >>

نصيحة امام الغزالي


Jika berjumpa dengan kanak2 anggaplah dia lebih mulia dari kita, kerana kanak2 ini belum banyak melakukan dosa daripada kita..

Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana dia sudah lama beribadat..

Jika berjuampa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui..

Apabila melihat oarang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia, kerana mungkin sautu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

Baca Lagi >>

R.E.N.U.N.G.A.N B.E.R.S.A.M.A

* BERGUNUNG MANA PUN HARTA, BUKANLAH KAYA NAMANYA JIKA MISKIN BUDI BAHASA

* SEGAGAH MANA PUN DIRI, BUKANLAH NAMANYA PAHLAWAN JIKA NAFSU TIDAK DAPAT DILAWAN

* SECANTIK MANA PUN RUPA NAN AYU, BUKANLAH NAMANYA RATU JIKA BURUK TINGKAHLAKU

* SETINGGI MANA PUN DARJATNYA, BUKANLAH MULIA JIKA TIADA IMAN DIDADA

* MELANGIT MANA PUN ILMU, BUKANLAH NAMANYA BIJAKSANAJIKA TIDAK DIAMAL DAN DIGUNAKAN

* SEALIM MANA PON WARAK, BUKANLAH NAMANYA ULAMAK JIA TAKBUR DAN RIAK

* SEBESAR MANA PUN UJIAN, BUKANLAH NAMANYA BEBAN JIKA HATI SENTIASA PADA YANG ESA

Baca Lagi >>

I LOVE ALLAH

“…Saat Allah swt  MENCINTAI seseorang, tempat PERTAMA  menerima sentuhan itu adalah HATI, disitulah Allah swt  melenyapkan segala rasa PUTUS  ASA dan KESEDIHAN akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan HARAPAN dan KEINGINAN untuk berubah menjadi INSAN  berjiwa bersih. Hati seeloknya berbisik…:''AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU, IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU...''

Baca Lagi >>

JIKA ANDA GAGAL MERANCANG, SEBENARNYA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL

Dunia adalah bagaikan lautan dan kapal yang belayar di atasnya, keadaan laut penuh ujian dan cubaan, tetapi kapal tetap perlu terus berlayar dan mengambil keperluan yang sewajarnya, nakhodanya perlu cekap meneruskan haluan tepat ke destinasi, dan panduannya telah ada dari pencipta Alam ini. Janganlah biarkan kapal itu tenggelam dan janganlah kita biarkan kapal itu hanyut tanpa tujuan dan haluan. Wajiblah kita menetapkan haluan dan terus menuju ke destinasi abadi, boleh kan?

Baca Lagi >>

BERLEMAH LEMBUT

 ♥ Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera...

Baca Lagi >>

KATA2 IMAM HASSAN AL-BANNA

Hasan Al-Banna telah menyatakan, "Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah 'kitab terbuka' yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah 'dakwah yang bergerak'

Baca Lagi >>

Sabtu, 23 April 2011

Barah payudara??Breast Cancer??Kenapa makin berleluasa??

Barah payudara adalah barah yang pertama yang sedang menyerang ramai wanita di Malaysia di kala ini!!

Kenapa hal ini berlaku? Mengapa ianya makin berleluasa di kalangan wanita terutamanya di Malaysia??Mungkin semua sedang tertanya2 apakah yang menyebabkan kanser ini sedang bermaharaja lela sekarang. Jum kita sama2 kupaskan sedikit sebanyak mengenai permasalahan ini.

Kita semua semestinya mempunyai sekurang2nya seorang wanita dalam hidup kita, iaitu ibu kita yang sgt kita cintai. Selain itu, mungkin ada juga yang mempunyai kakak dan juga adik perempuan dalam hidupnya. Jadi, secara tak langsung perkara ini menjadi kerisauan setiap dari kita. Tapi kaum lelaki tidak juga boleh merasa lega, kerana mereka juga boleh berkemungkinan untuk mendapat kanser ini!! Nauzubillah..

Breast cancer adalah penyakit yang boleh dikawal sekiranya dikesan awal dan dirujuk kepada doktor secepat mungkin. Salah satu sebab mengapa kanser ini makin berleluasa adalah kerana kurangnya kesedaran dan pengetahuan di kalangan wanita tentang barah ini. Mungkin ada yang telah mengesannya awal apabila mendapati sesuatu yang pelik tiba2 muncul. Contohnya, ada 2 orang wanita, puan A dan puan B. Ketika kedua2 wanita ini sedang  mandi, mereka dapat rasakan ada ketulan atau bonjolan di payudara mereka. Ketulan itu tidaklah sebesar mana, mungkin boleh dikatakan seperti sebesar 1 biji kacang tanah. Yang menariknya, ketulan itu langsung tidak menyakitkan meraka.  

Puan A berasa sangat bimbang tentang perkara ini kerana sebelum ini beliau tidak pernah mengalami hal seperti ini. Jadi, beliau telah pergi berjumpa dengan doktor dan merujuk hal ini kepada doktornya. Puan B pula merasakan hal ini tidak ada apa2, kerana saiz ketulan ini kecil saja dan lagi pula beliau langsung tidak merasakan sebarang kesakitan.

Puan A, yang mana telah merujuk perkara itu lebih awal kepada doktor telah menjalani beberapa pemeriksaan selanjutnya untuk mengesahkan keadaannya itu. Beliau telah membuat mammogram dan doktor telah mengambil sedikit 'tisu' dari bahagian ketulan itu untuk mengesahkan samada ketulan itu adalah kanser ataupun tidak. Manakala puan B hanya meneruskan hidupnya seperti biasa dengan masih belum mengetahui status ketulan di payudaranya itu.

Setelah keputusan pemeriksaan keluar, Puan A disahkan mempunyai kanser payudara tetapi masih berada di peringkat yang sangat awal. Doktor memberitahu puan A bahawa cancer cells itu masih boleh dikawal kerana ia telah dikesan awal. Jadi, Puan A telah diberi ubat-ubatan untuk mengawal cancer cells itu dari merebak.

Manakala, puan B semakin hari semakin merasakan ketulan itu makin membesar tapi masih juga tidak memberikan kesakitan padanya. Beliau masih juga tidak mahu merujuk perkara ini kepada doktor. Sehinggalah 1 hari, puan B merasakan sakit di bahagian itu dan juga terdapat lendiran dan cecair yang keluar dari payudaranya. Kerana tidak tahan dengan semua itu, barulah puan B pergi berjumpa dengan doktor. Malangnya, doktor memberitahu bahawa puan B telah menghidap kanser payudara dan kensernya itu telah berada pada tahap yang sukar untuk dikawal lagi kerana kebanyakan cancer cells itu telah merebak ke bahagian lain. 

Jadi, inilah situasi yang sering berlaku di Malaysia. Tidak ramai wanita yang seperti puan A, yang ingin merujuk kepada doktordan mendapat rawatan secepat mungkin.  Malangnya, ramai wanita yang seperti puan B, yang selalu berasa selesa kerana tidak merasakan kesakitan, sehinggalah tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, kemudian barulah merujuk kepada doktor.

Perkara sepeti puan B berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor:
1. Kurangnya kesedaran untuk mendapat rawatan awal
2. Masalah kewangan kerana setiap kali berjumpa doktor, pasti wang akan keluar.
3. Takut untuk menerima kenyataan sekiranya doktor memberitahu itu adalah "kanser"
4. Takut dengan pandangan masyarakat yang masih belum menerima baik mereka yang mendapat breast cancer kerana mereka beranggapan penyakit ini boleh berjangkit.
5. Masalah pengangkutan untuk berjumpa dengan doktor. 
6. Dan macam2 masalah lagi.

Untuk itu, harus diingatkan bahawa:
-Setiap ketulan yang terdapat di payudara adalah 'kanser'!! sehingga dibuktikan melalui pemeriksaan lanjut bahawa ia bukanlah kanser. 
-Pengesahan dan rawatan awal perlu untuk mengelakkan sesuatu perkara itu menjadi lebih teruk.
-Kanser payudara adalah tidak berjangkit!!
-Kanser payudara terjadi disebabkan banyak perkara (contohnya faktor umur yang makin meningkat, penggunaan pil perancang keluarga dan macam2 lagi)
-Kanser payudara adalah penyakit keturunan. Sekiranya ada di kalangan ahli keluarga terdekat yang mendapat breast cancer, kemungkinan untuk wanita lain dalam keluarga itu untuk mendapat penyakit yang sama adalah tinggi. Oleh itu, setiap wanita dalam kategori ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan status dirinya.

Akhir sekali, marilah sama2 kita mengambil berat tentang perkara ini supaya hal ini tidak akan terus berleluasa menyerang wanita-wanita di Malaysia. Ingatlah, pencegahan dan rawatan awal mungkin akan dapat membantu kita semua.

Wallahu a'lam..






Baca Lagi >>

Sabtu, 16 April 2011

CINTA HAKIKI

Kerana Cinta, kita Kenal Pencipta.
Kerana Cinta, kita Kenal RasulNya.
Kerana Cinta, kita sayang ibubapa.
Kerana Cinta, kita kenal saudara dan
Kerana Cinta kita kenal Sidia....
...Namun, manakah yang paling kita dambakan...
Renung2kan n Muhasabahlah Insan...
Carilah Cinta yang Hakiki, kerana Kebahagiannya Hingga ke Syurga..

Baca Lagi >>

JADILAH MATA LEBAH,JGN JADI MATA LALAT


“Janganlah kamu dedahkan kejahatan 
orang lain selama mereka itu 
menyembunyikannya, nanti Allah 
akan mendedahkan kesalahan kamu pula kepada orang lain.
Dan kamu hendaklah menyebut tentang kabaikan yang ada pada saudara kamu, apabila disebutkan kebaikannya dan jangan kamu mengaibkan seseorang dengan apa yang ada padanya, nanti akan terjatuh pada kamu juga”

Baca Lagi >>

Jumaat, 15 April 2011

CINTAI TUHAN, SAYANGI SESAMA MANUSIA

Kasih sayang yang ikhlas dapat menyenangkan hati setiap manusia.Kasih sayang kepada Allah lebih utama dari segalanya...Kasih sayang bukan untuk dimain atau dipermainkan tapi dengan keikhlasan...

Baca Lagi >>

NILAI UKHWAH

Ukhuwah bukan terletak pd berapa lama tempoh masa sesuatu perhubungan, tetapi bagaimana nilai menghargai kehadiran seseorg itu dlm hidup kita

Baca Lagi >>

KEUNIKAN TAHUN 2011

Di antara kebesaran Allah pd tahun 2011,ada 4 tarikh yg luar biasa: 


1) 1.1.11
(2)11.1.11
(3) 1.11.11
(4) 11.11.11

Skrg cuba shbt skelian ambil 2 digit trakhir tahun anda lahir,campurkan dgn umur anda tahun ini.Jwpannya ialah: 111.Amat mnkjubkan ciptaan Allah..SUBHANALLAH..Moga btmbh syukur kita kpd NYA.

Baca Lagi >>

Sabtu, 9 April 2011

BEZA TELUR AYAM ORI DENGAN TIRUAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.


Seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa.


Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.


Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).


Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.


Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.


Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.


Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.


Cara mengenal telur tiruan:


Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.


Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.


Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.


Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.


Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.


Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.


Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.


Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.


Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.


SM Mohamed Idris,


Presiden CAP.

Baca Lagi >>

Ahad, 13 Februari 2011

~Maulidur Rasul Menjelang Lagi~


Assalamualaikum wbt..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang sangat mulia.
Mari kite same2 menghayati sejenak erti pengertian maulidur rasul, Rasul junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

1. PENGERTIAN MAULID NABI:
Dari segi istilah ‘Maulid nabi”  ialah : Waktu lahirnya nabi. Maka dari sinilah munculnya istilah-istilah baru seperti : Ihtifal Maulid nabi, Haflah Maulid nabi, Ihtifal Li zikri Maulid nabi ( Perayanan memperingati Maulid nabi) , dan sebagainya yang mana kata dasarnya berkembang dari “ Maulid  ” iaitu waktu lahir.
Secara keseluruhan adalah sama iaitu mempelajari hikmah, dan memperingati sejarah hari lahir nabi. Jikalau kita faham istilah ini tidak jadi masalah iaitu ; “Waktu lahirnya nabi” serta sirah nabi. 
Cuma yang beza adalah istilah sahaja menurut peredaran zaman , manakala cara pelaksanannya pula  tidak ada percanggahan di dalam Islam .

2. DALIL AL-QURAN:
a. Allah berfirman: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu , maka hendaklah kamu menyebut –menyebutkan (atau menceritakan ).” -surah Duha ayat 11:
Keterangan:
Di dalam ayat ini sangat jelas Allah mengalakan kita supaya menyebut atau menceritakan nikmatnya , maka siapakah nikmat  yang paling agung di sini? Maka tidak lain tidak bukan adalah Nabi kita Muhammad SAW.
Caranya bagaimana? Iaitu dengan menceritakan atau membaca sirah nabawi dari mula baginda lahir sehinggalah di bangkitkan atau sehinggalah wafat.

b. Allah berfirman: “Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia di lahirkan dan pada hari ia di meninggal dan pada hari ia di bangkitkan hidup kembali” --Surah Maryam 15 -
Keterangan:
Allah memberikan kesejahteran dan  selamat pada hari maulid nabi Isa. Jikalau Allah memberikan kesejahteran di atas kelahiran nabi Isa , apatah lagi Nabi kita yang paling agung, yang di lahirkan untuk kita menyambutnya.

c. Allah berfirman “Dan kesejahteran semoga di limpahkan kepadaku, pada hari aku di lahirkankan  pada hari aku meninggal dan pada hari aku di bangkitkan hidup kembali" -surah Maryam 33-

Keterangan:
Di sini Nabi Isa berkata : “Kesejahteraan di limpahkan kepada ku pada hari aku di lahirkan “  Dalil ini juga menunjukkan nabi Isa juga menerima anugerah yang sama pada hari ia di lahirkan yang di sebut “Maulid nabi”

3. SIAPAKAH YANG MULA-MULA MENYAMBUT MAULID NABI?
Jawapanya : Adalah nabi kita Muhammad SAW. Nabi kita  yang mula-mula sekali menyambut ihtifal maulid nabi  berdasarkan hadis nabi di dalam Syarah Sahih Muslim jilid 4 juz 8 hal; 51 :

i) “Bahawasanya Rasulullah di tanya tentang puasanya pada hari Isnin , Rasulullah s.a.w. menjawab : Di hari inilah aku di lahirkan dan hari inilah aku di bangkitkan atau di hari di mana al-quran di turunkan  kepada ku
Keterangan :
Jadi  di sini jelas nabilah yang mula menyambut hari lahirnya dengan berpuasa setahun sekali , sebab nabi berkata : “Hari ini adalah hari lahir ku" , dan kita telah tahu bahawa hari lahir adalah sekali sahaja .
Maka dengan berpuasa menunjukkan syukur di atas nikmatNYA di hari lahirnya. Jadi  apakah tujuan berpuasa itu ? Tidak lain tidak bukan adalah mensyukuri nikmatNYA.

Begitu juga di dalam Sunan Abi Daud juz 2 ; Darul Jil hal 337 dan Sunan Ibnu Majah juz 1 darul kutub ilmiyah hal; 553 juga meriwayatkan hadis ini .

ii) Begitu juga ketika nabi hendak di Israkkan, maka nabi singgah di Baitul Maqdis ( sekarang ni Palestin ) lalu malaikat Jibril berkata adakah Tuan tahu tempat ini : Maka nabi menjawab tidak . 
Lalu jibril berkata: "Inilah “Baitul laham” , tempat nabi Isa di lahirkan , kemudian nabi pun bersolat di situ.”
Jadi nabi bersolat di Baitul laham kerana merasa syukur iaitu  tempat lahir nabi Isa, yang merupakan satu tempat yang mulia. Nabi menyambutnya dengan bersolat di situ . Dan banyak lagi dalil di dalam kitab.

iii) Begitu juga kisah jariah menyambut perayanya dan para saidina umar (jikalau tidak silap) menegahnya. Lalu nabi berkata : "Jangan , biarkan ia menyambutnya."

4. PENGKAJIAN:
Dari sudut pengkajian, maka ia tidak lain adalah :
1. Untuk menceritakan sirah nabi
2. Beselawat ke atas nabi sebanyaknya
3. Menghayati perjuangan nabi serta cinta kepadanya
4. Menyedarkan umat untuk kembali mengingati nabi melaui “malulid”
Jikalau kita hendak menyambutnya berseorangan di dalam rumah, tidak menjadi masalah, dan untuk kita membaca sirah nabi bukan waktu “maulid’ juga tidak jadi halangan, itu terpulang pada cita rasa masing2, sebab “Maulid Nabi” yang telah saya terangkan itu adalah “Hari kelahiran Nabi” dan biasanya di buat bertepatan dengan hari “kelahiran nabi”

5. KAEDAH FIQEH:
Barangkali elok kita meninjau kaedah hukum feqah iaitu :
Al-Aslu fil Asyak al-ibahah hatta Yadulla ‘ala dalil ‘ala tahrim”
Ertinya: Asal setiap sesuatu adalah BOLEH , kecuali ada dalil yang mengharamkanya”
Maka jelaslah selagi mana tiada hukum haram, mahu pun wajib, kita di larang memandai meletakkan hukum.
Jikalau kita meneliti dari nas al-quran dan hadis ternyata tidak ada yang menyatakan “maulid”adalah haram, makruh, dan sebaginya.

Dengan ini jelaslah tiada satu nas pun sama ada al-quran mahu pun hadis,  yang mengatakan haram, apatah lagi  bidaah.

Sekian wassalam
Wallahu’alam

-Nur Muhammad-
Wahai Tuhan tolong sampaikanlah doa dan rindu ini
Kepada Nur Muhammad 
Cahaya sebagai sumber segala cahaya

Wahai Tuhan tolong ikatkanlah hati kami ini
Kepada Nur Muhammad 
Cahaya penghubung hati dengan Allah

Cahaya yang mampu menembusi kegelapan hati untuk dicahayakan
Dengannya hati dapat mengenal dan melihat Allah
Dan mampu untuk berhubung dengannya

Maka Allah pun wujud dalam seluruh hidupnya
Allah lah yang menggerakkan setiap gerakannya
Allah lah yang mewakilkannya kepada manusia

Dialah Allah yang melantiknya
Bayangan nur Muhammad yang dipinjamkan
Pesuruh diatas pesuruh
Cahayanya diatas sumber cahaya
Cahaya Nur Muhammad..
Penghubung hati dengan Tuhan..

Cahaya zaman yang tidak pernah padam
Oleh seribu satu kegelapan yang menghalang
Mampu menerangi akhir zaman
Maka islam akan kembali gemilang
Allah diagungkan semula
Nabi Muhammad dibanggakan lagi diseluruh dunia..

By: Generasi Harapan

Baca Lagi >>

Khamis, 3 Februari 2011

Mubarak Membunuh Rakyat Mesir

Kata Dr Yusof Al-Qaradhawi: Mubarak Membunuh Rakyat Mesir dan Menjerumuskan Mereka Kepada Kesusahan.

Dr Yusof Al-Qaradhawi, yang memegang jawatan Ketua Konsortium Ulama' Islam Sedunia menyatakan bahawa Husni Mubarak menjadi punca kepada mengalirnya air mata anak-anak yatim, kematian, dan bertambahnya balu-balu kepada rakyat Mesir berikutan penyerangannya terhadap ahli demonstrasi yang mendesaknya turun. Sedangkan dia sekarang ini sedang bertahan di rumahnya.

Beliau menujukan ucapannya kepada Presiden Husni Mubarak "Kamu tidak boleh membunuh rakyat-rakyat kamu kerana kamu adalah pemimpin mereka dan menjadi kewajipan kamu untuk melindungi mereka”.

Dalam ucapan beliau di sebuah stesen TV (Al-Jazeera), Dr Yusof Al-Qaradhawi berkata bahawa tindakan yang diambil oleh Mubarak sekarang ini menyerupai tindakan yang diambil oleh Firaun pada zaman Nabi Musa yang mana tindakan tersebut diselubungi dengan segala kejahatan dan keburukan.

Beliau juga menyeru agar rakyat Mesir turun bersama ke Medan Tahrir untuk berdemonstrasi bersama para pemuda dengan menyediakan keperluan dan pertolongan kepada ahli demonstrasi.

Beliau menambah bahawa beliau yakin dengan demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat ini adalah suci dan penuh berhemah. Ini kerana rakyat yang berdemonstrasi adalah berada dalam keadaan menjaga maruah dan akhlak mereka. Mereka tidak melakukan kesalahan melainkan hanya menyatakan rasa tidak puas hati dengan ketidakadilan pemerintahan Mubarak selama 30 tahun. Mereka juga tidak merosakkan harta penduduk awam dan hotel-hotel swasta.

Selain itu beliau menyeru kepada syeikh-syeikh Al-Azhar supaya turut serta dalam demonstrasi ini. Beliau turut berpesan kepada askar Mesir yang terkenal dengan keimanan yang tinggi agar tidak menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa dan turut menyeru kepada Liga Arab, Pertubuhan Persidangan Islam dan PBB agar bersama-sama menentang ketidakadilan dan kezaliman.

Wallahu'alam....


Oleh: Hamba Iman

Baca Lagi >>

Jumaat, 21 Januari 2011

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SAHABAT...SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.

HARI INI HARI JUMAAT TANGGAL SELEPAS ASAR..MARILAH KITA SAMA2 BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN MULIA KITA...ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYYIDNA MUHAMMAD..WAALIHI SAIYYIDINA MUHAMMAD...

Baca Lagi >>